Assalamualaikum.. Bismillahhirahmanirahim..
Tajuk kali ni iaitu "Kiat-Kiat Bahagia" atau "Tips Bahagia". Sebelum itu, iqin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan-Nya. Semoga kita sama-sama diberi kesihatan dan peluang untuk mengandakan amalan dan ibadah kita pada bulan yang mulia ini. Iqin juga sekali lagi ingin memohon maaf kepada semua jika ada kesalahan atau apa-apa yang menguris hati semua. Begitu juga dengan insan yang rapat atau yang baru mengenali iqin. Dan entry kali ini iqin rujuk dalam buku La Tahzan (Jangan Bersedih) .
Dalam buku ini ada banyak tips-tips untuk kita mengawal kesedihan dan kedukaan hati kita antaranya:
1. Sedarkah kita bahawa kita tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran kita, semua urusan kita akan terganggu dan akan menggunung kesedihan dan kegundahan diri kita. Sabda Rasulullah : "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba janganlah menunggu waktu pagi"
2. Lupakan masa silam dan semua perkara yang pernanh terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lalu dan yang telah selesai merupakan kebodohan.
3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, kerana ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya, maka sibukkanlah diri anda dengan perkara yang kita sedang lakukan, apakah ianya diredhai? atau dimurkai?
4. Jangan mudah goyah dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan sedarlah bahawa kritikan itu akan mengankat harag diri anda setara dengan kritikan itu.
5. Beriman kepada Allah, dan beramal solah adalah kehidupan yang sebaik-baiknya juga bahagia.
6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan dan kesenangan maka harus dia berzikir pada Allah yang Esa!
7. Hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu berdasarkan ketentuan Qadha' dan Qadar.
8. Jangan menunggu "terima kasih" dari orang lain.
9. Sentiasa bersedia untuk menerima kemungkinan yang terburuk.
10. Kemungkinan yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk anda, kerana Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Hamba-Nya..
11. Semua Qadha' bagi seseorang muslim adalah yang terbaik.
12. Fikirlah yang manisnya, lalu bersyukurlah.. kerana disetiap kepahitan pasti ada kemanisannya.
13. Dari waktu ke waktu pasti ada jalan keluar.
14. Dengan kehadiran musibah hati akan tergerak untuk berdoa walau hanya mnyebut "Ya Allah." lalu bersyukurlah dengan itu.
15. Percayalah bahawa musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati dan iman kita.
16. Sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahannya.
17. Jangan pernah hancur disebabkan perkara yang remeh!
18. Seseungguhnya Allah Maha Pengampun, Yakinlah!!
19. Jangan sesekali Marah! Sabarlah wahai hati yang suci!
20. Kebanyakkan dari apa yang anda takutkan tidak pernah terjadi.
21. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada suri tauladan.
22. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberikan dugaan ke atas mereka. Jadi, jika anda yang diuji bermakna anda dicintai!
23. Ulangi doa-doa memohon teduhan dari-Nya.
24. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan akal fikiran anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan ditimpa pihak lawan.
Dan yang terakhir iaitu yang ke ketiga puluh "Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa" maka bersabarlah duhai hati.. Jangan pernanh bersedih! Allah ada bersama kita! teruskan perjuangan sementara kita di dunia ini dengan senyum dan ketabahan menghadapi cobaan dari Ilahi. Mohonlah kekuatan dari-Nya, rayulah pada-Nya. Seseungguhnya Allah merindui tangisan dan rayuan kita semua! Allah hanya ingin hamba-hambanya menuruti kehendak-Nya!
Jadi itu lah sedikit sebanyak yang iqin dapat dari buku ini, dan kepada semua rakan sebaya iqin. Ayuh sama-sama kita berjuang mempertahankan keindahan zaman remaja kita! Jangan disebabkan keputusan peperiksaan dunia kita jadi lemah! Jangan disebabkan "pakwe/makwe" kita menangis! Jangan disebabkan rakan kita lupa akan Ibu Bapa! Jangan disebabkan Idola Moden, kita jadi tidak mengenal Pencipta! Jangan disebabkan "trend" kita melanggar peratura Islam yang dibawa oleh Rasul! Jangan disebabkan keasyikan bersosial kita lupa, bahawa kita sentiasa diperhati oleh Yang Maha Esa!
Sekian, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan iqin sendiri dan iqin memohon maaf ke atasnya..
Wallahhua'lam..
.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment